Ini la jadinya bila lama terperam tak post kat blog or ambil gambar banyak2 pastu terperam dalam gadjet. Hasilnya banyak gambar aqil entah ke mana...T_______T
Air kencing 1 beg...huhuhu T_______T
Nak cerita, pengalaman yang takkan lupa after deliver aqil. Huhu...mama x boleh buang buangan nyahhhh oiiii...jenuhhh!!! Sakit perut memulas2...kadang2 rasa macam sakit nak beranak tu...contraction every 5minutes...perghhhh bayangkan aku dah tahap melutut kat tepi katil, tepuk2 aqil tidur. Nasib baik aqil tidur je...baby kalau kena jaundice mmg dia akan tidur je. Therefore, kena kejutkan untuk breastfeed every two hours.
Dah tak tahan, aku pegi klinik. Baby cek up selang sehari, kalau tak pun ada nurse visit kat rumah. Nasib jugak Mr.Hubby cuti seminggu. Aku dah memang terketar2 sakit perut tu kejap datang kejap hilang. Adoiiiii memang tak boleh cerita la. Mula2 tak boleh buang najis..lama2 nak kencing pon tak boleh...T__________T. Insaf kepentingan nikmat membuang bahan2 buangan dan kotoran dari badan.
Mula2 aku macam tak kisah sgt kan...sebab memang biasa je tak uhh2 3-4hari, aku memang sembelit dari kecil. Tapi masa pregnant takde masalah pon..hari2 keluar dengan sihat. Tiba-tiba dah keluar baby, dia tak mau keluar pulak. Agaknya masa ada baby sempit, baby dah keluar...lapang, cozy gitu...T_____T
Macam2 ubat doktor bagi, tak jalan. Last sekali dapat ubat picit masuk bontot...hadoiiiii bermulalah tragedi. Buat projek dalam bilik air, konon2 persediaan senang nanti nak melepaskan dia. Sekali dia datang angin berombak2, kut kiri tak kena...kut kanan tak jadi. Bergelodak dalam perot, tapi tak boleh keluar. Time tu exactly macam nak beranak okey...dah terkincit sikit2...ya Allah memang azab gila!!! Meleleh2 air mata, langsung dah tak pikir ada jahit kat bawah tu...yang penting keluarkan uhh2 tu semuaaaaa!!!! Tapi tak boleh jugakkkkkk!!!! T________T
Last result, agaknya laki aku pun dengar aku dah nangis2 dalam bilik air...dia ketuk2 pintu, aku cuma mampu bukak dengan busuk!!! Jom2...g hospital!!!
Masuk kereta, aku dah terguling2. Laki aku bawak kereta kelab dia, letak siren!!! Neenooneenoo....aku macam nak tergelak pon ada...tapi dah sakit, redho je la. Nak jadi cerita, Mr.Hubby cerita...otw ke hospital tu ada bertembung dengan polis trafik...polis tu macam blurr..kereta putih,ada siren tp takde sticker polis pon???!!! Tapi Mr.Hubby angkat tgn la bg sign sikit ada emergency...
3 kali refer hospital, akhirnya baru la berjaya keluar. Grrrrr....memang tragis. Kat hospital pon,nurse cucuk ubat dalam bontot jugak. Bezanya, aku terbaring atas katil tersedu2 relakan je la...after 15 minutes, Mr.Hubbysorong ngan wheelchair ke katil wad. Tak sempat nak sampai katil pon...ada rasa nak terkeluar incik taik durjana...apa lagi dengan Mr.Hubby sekali masuk dalam toilet... T_____T
Terharu jugak la dengan kesetiaan suamiku...wuwuwuwu...tunggu sampai abis. Aku kata, "B...busuk..pegi la tunggu kat luar..." Dia kata, " takpe la...". Anyway thanks B...dia la yang mandikan aku first day after deliver. Bangun pagi2 melepek, nak bangun duduk pon tak mampu. Kehabisan tenaga dan tangan pulak lenguh-selenguh2nya. Aqil malam tu asyik terjaga. Menangis. Lapar. Menyusu. Dada pulak sebelah bengkak. Dah sebesar buah kelapa gamaknya. Sakit sangat2. Bayangkan ada batu besar himpap dada. Macam tu la rasanya. Ya Allah, insaf sangat2!
Segmen Petua...hehe nak share jugak..tak kira...!!!
Jangan stress!!! Aku rasa aku stress kot, antara punca aku x boleh berak. Takde pengalaman bersalin kan. Yelah, mana nak jaga diri, nak jaga anak. Nak buat something semua kena slow2...kena jaga jahit, tak boleh lasak2. Si kecik apa tau..dia lapar, dia tau melalak je. Penting untuk ada seseorang menjaga dan membantu anda semasa dalam pantang.
Makan oren sunkist dan buah2 yang boleh mkn semasa dalam pantang. Sayur pun kena lebihkan. Aku hadap sawi rebus 40 hati okeh!!! Hari ke-41 baru la mama bg makan peria. Waktu tu rasa peria la sayur lain paling sedap kat dunia..wuwuwu T_________T
Minum air suam. Lebihkan sikit. Nak susukan anak, nak bertungku, pakai bengkung, nak itu..ini perlukan tenaga. Kadang2 rasa lapar. Tp semua tak bole makan. Tgk makanan yg sama naik jemu. Aku dua minggu pertama, aku tak boleh makan roti putih. Entah kenapa kat bawah tu rasa cam gatal2 pulak. Ada pengalaman waktu pantang time keguguran dulu, aku bukan jenis mnusia yang boleh belasah makan ikut suka. Kang kancing gigi lagi..ko nak??!!!! Hoiiii...mintak ampun laaaaa...aku tak sanggup!!!!
Sediakan ubat-ubatan untuk melembutkan najis. Aku tak mau dah pakai set bersalin leesa formula. Kurang sesuai untuk aku. Banyak benda takde, badan aku pulak jenis manja. Kena dibelai2 selalu gitu. Hmmm...next time nak guna amway la...org kata bagus.
Last sekali, jangan takut!!! Nak berak....lepaskan jeeeeerrrrr...!!!!
No comments:
Post a Comment