Tok Wan & cucunya, anak kakak iparku menyambut hari jadi bersama pada Hari Raya Haji yang lepas. Maka, aku yang baik hati membuat sebiji kek untuk mereka.
Malam yang agak panas. Tok Wan pakai singlet je...haha..nasib la..
T_________T
Ni la hasil kalau ada budak-budak 'menolong'...belasah letak Hershey's Kisses. Kalau boleh nak bagi penuh kat atas tuh...adoyai!
Si Fahim yang tiba-tiba lalu makan. Kalau tak, dia la paling susah nak menyudu makan masuk mulut.
Huh...sampai terpejam-pejam mata. Nikmat betul Choc Cake Melekat mak ngah yer... =p
Resepi Kek Coklat Melekat
Bahan-bahan;
- 1 1/2 cawan mentega
- 1 cawan gula kastor
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu teh emulco coklat
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri (ayak)
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 cawan air*
Kaedahnya;
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
- Masukkan emulco coklat dan susu pekat. Kaup balik agak-agak sebati.
- Masukkan tepung diselang-seli dengan larutan koko. Kaup balik hingga habis tepung.
- Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C, 45-60 minit atau hingga masak.
Topping;
- 1 cawan susu pekat
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 sudu besar mentega
- Panaskan mentega dengan kaedah double-boiler.
- Bila mentega sudah cair, masukkan susu dan serbuk koko. Kacau hingga rata dan sebati.
- Tuang dan ratakan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.
2 comments:
Assalamua'laikum wbt...akak!!!kite blogwalking akak balik...hehehe...sedapnye chocolate cake tue!!!blh try nie...kite baru kene bebel dgn mama smlm....mama kate bile nak wat roti plak..hehehe...all d best kak!! i follow u k... <3
Haha...welcome dear! Tgk la page yg dah bersawang neh...since preggy ni mmg sgt mls nak update...owh sedih!
Post a Comment