Alkisahnya...2-3hari ni sangat teringin mahu makan kuih lapis. Sudah beli minggu lepas, aku seorang makan habis. Tapi masih rasa tak puas. Eh..tak tahu la. Selagi tak dapat buat sendiri, macam geram je. Isyhhh...tak boleh jadi nih!
Dulu masa kecil-kecil, aku panggil kuih bangunan.
"Kuih tingkat la..", Mr.Hubby menyampuk.
Eh..suka hati la kita nak panggil apa. Masa kita kecil, mana jumpa awak lagi. Kalau jumpa mesti mahu gaduh bertumbuk nih...hehe.
Anyway, Mama Senah & Abah Wandi pernah berniaga pasar malam di Pahang dulu. Kalau tak silap, setiap malam rabu di tapak pasar malam Felcra Rumpun Makmur.
Wah, memang meriah! Antara menu jualannya, kuih bangunan ni, seri muka, cucur badak, apam doremon, pecal, lontong...yang lain aku dah tak berapa ingat. Apam doremon Mama Senah memang sedap! Lembut gebu merekah-rekah gitu! Sampaikan di kawasan pasar malam tu, Mama Senah digelar 'Makcik Apam Doremon'...kih3
Sejak mak apak aku berniaga la, aku berjinak-jinak dengan dunia masak curi-curi + senyap-senyap. Masa tu, aku yang sulung & dua adik aku selalunya kena tinggal kat rumah. Jarang sangat kami boleh ikut. Ayat cliche mak apak malas nak jaga anak time bisnes kan,
"Duk rumah je. Siapkan keje sekolah. Esok nak sekolah."
Itu ayat mak apak kan...ada aku ikut??? Time ni la yang dinanti-nantikan. Orang tua takde! Horey!
Tapi takde la buat benda-benda extreme terlampau. Cuma nakal sikit-sikit la. Lepas siap cuci periuk belanga, bekas pakai untuk buat kuih-muih & warga jualan tadi, aku plan la dalam kepala otak.
"Duk rumah elok-elok, jangan gaduh. Jangan main api".
"Ok ma.." dalam hati sambung ayat, 'tak main api, main masak-masak je' =p
Menu pertama masakan aku, nasi goreng. Bahan-bahan dalamnya nasi, minyak masak dan sos cili. Hehehe...
Dah nama pun tak pernah masak. Mama Senah pun before tu tak pernah ajar. So, aku ikut imaginasi sendiri je la. Yang jadi judges, itu dua ekor adik aku.
Hahaha..memang confirm la tawaq hebiaq kan! Menyumpah adik-adik aku makan. Takpe-takpe minggu depan masih ada. Kunci mulut adik-adik aku siap-siap. Sogok dengan amaran-amaran yang berbaur ugutan. Alah..budak kecil kan. Ugut sikit, senyap la. hehehe...
Week by week, aku improved masak nasi goreng. Dah hebat dah. Akhirnya terkantoi jugak bila adik aku terlepas cakap. Tapi nasib baik dah terror kan. Mama Senah pun ok pulak, agak-agak macam malas dia nak masak..dia suruh je aku buat nasi goreng...pulakkk!!!
Itu setakat nasi goreng je la. Yang lain-lain memang aku tak reti. Masak air pun boleh kering-kontang cerek...huhuhu. Inikan pulak kuih-muih kan. Waduhhh... T__________T
Seumur hidup aku yang dah lebih suku abad ni, memang tak pernah sekali pun buat kuih lapis. Asal aku tanya Mama Senah, ada je alasan dia. Tak ingat la, dah takde skill la, resepi hilang la...alih-alih, kalau nak makan beli je. Owh...sedih!
Kali ni aku nekad, apa nak jadi..jadi la. Kuih bangunan ku mesti masuk tender, tak boleh lagi overdue dah.
Google punya google, jumpa la resepi dalam blog Cik Mat Gebu. Macam senang je resepi dia nih. Ok la, aku try tengok jadi apa.
Memang resepi ni senang nak ikut. Main campak je semua bahan, kacau sebati before kukus selang-seli warna.
Orang tua cakap, jangan over-confident. Inilah akibatnya, tengah berangan kuih aku comel nak tayang kat Mr.Hubby...tinggal la last part nak masuk bahagian yang atas sekali. Penghujung la tu.
Masuk warna merah + biru = purple. So putih, merah & purple...eh, macam sweet je kan. Ngeee....hik3...
Sekali....
Sriuppppp...(cane tah bunyi dia)
Boleh pewarna biru tumpah.....adoyaiiii!!!!
Huh...lantak la ko!
Ini bangunan dah upgrade...mahal tuh. Avatar gitu!!
.
Resepi Kuih Lapis
Sumber : Blog TiffinBiru
Bahan A ;
- 150gm gula
- 150gm air
- 1/4 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (simpul)
- 150gm tepung beras
- 30gm tepung hoen kwee
- 400ml santan pekat
- 160ml air
- Pewarna pilihan
Kaedahnya :
- Satukan semua bahan A. Masak hingga larut.
- Satukan semua bahan B kecuali pewarna. Kacau hingga sebati.
- Masukkan larutan A ke dalam B.
- Sediakan loyang kecil. Alas plastik, sapu sedikit minyak.
- Tuang 3 senduk adunan. Kukus 4-5minit setiap lapis. Ulang sehingga habis.
- Untuk lapis kukusan terakhir, kukus 12-15minit sebelum matikan api.
- Sejukkan sebelum dipotong.
p/s - Lebih kurang macam gambar kat bawah ni, apam doremon Mama Senah. Tapi warna dot-dot dia lagi meriah. Zaman dulu takde lagi apam polkadot. Dapat apam kaler-kaler pon dah kira hebat bagi budak-budak kampung.
Sumber : Google
No comments:
Post a Comment