Tuesday, November 20, 2012

Jemu aihhh...

Hari-hari makan nasi. Cemuih aihh...!
(cemuih tu bahasa utara maksudnya bosan giles la tu). 

Maka hari ini, tukar menu la pula ye. Apa nak buat???

Selongkar peti sejuk...tengok apa yang ada...

Ada ikan, sotong, udang...hmmm....

Sayur...ada sawi, timun, ehhh...banyaknya bunga kantan!

Haaa...sudah tahu mau bikin apa ini hari! ^_^




Mari memasak Laksa Penang versi aku daa...

Resepi Laksa Penang
  • 1 bungkus laksa
  • Timun
  • Bawang besar
  • Bunga kantan
  • Telur rebus
  • Cili Padi

Bahan kuah;
  • 7-8 ekor ikan sardin
  • 1 ekor kecil ikan gelama masam
  • 10-15 cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 inci belacan
  • 3-4 keping asam
  • 2 batang bunga kantan
  • 1 tangkai daun kesom
  • Anggaran 2 liter air
  • Garam, gula & perasa secukupnya
Kaedahnya;
  1. Ikan sardin & gelama masam direbus bersama. Air setakat tenggelam ikan.
  2. Setelah masak, pisahkan isi ikan daripada tulangnya. Kisar kasar isi ikan menggunakan air rebusan ikan tadi. 
  3. Tulang ikan jangan dibuang dulu. Kisar kemudian tapis air manis tulang ikan tersebut.
  4. Kisar cili kering, bawang dan belacan hingga halus.
  5. Campur semua bahan kisar dan bahan lain di dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana.
  6. Hidangkan bersama mi laksa yang telah direbus dan bahan sampingan lain. Kalau suka masam, boleh perah jus limau nipis. ^_^



Aihhh... dah kenyang ni, ngantuk pulak...
Ditambah pula dengan langit mendung, angin sejuk bertiup...huuu
=p


No comments: