Sedap giles...lazat tak terkata. Macam dah bertahun tak jumpa durian! Sangat syok woo...mau dekat sebijik aku habiskan. Pastu terasa panas...hehehe baru teringat nak berhenti. Tapi kalo dapat durian kampung... perghhh lagi syahdu! Walaupon isi tak tebal, tapi manis lemak dia cukup memikat selera. Tanpa rasa selingan pahit-pahit tu..itu yang terbaik! Apa-apa pun terima kasih daun keladi Mr.Hubby, petang ni cari yong tau foo pulak boleh??? ngahahaha =p
Aduhh menggoda iman betul warga durian ni! Gambar ihsan rembatan FB kawan lama kat Pahang dulu...ayah dia Tok Empat Kg. Durian Hijau. Dulu-dulu selalu gak makan durian depa bagi. Oiii Ida...bila ko nak bagi laei???!!
Semalam cuti Maal Hijrah kan...aku dan Mr.Hubby menghabiskan masa sehari suntuk mengemas bilik sumbat almari baru...kononnya untuk baby, last sekali bagi kat apak baby... baby pakai alamari apak dia.. bolehh???
Tu belum masuk katil baby lagi, dinding sudah tiada ruang kosong lagi! Adoiii rasa macam nak tambah kawasan jer.
Baby dalam perot pun macam tahu-tahu je kami tengah buat persiapan untuk sambut dia, bukan main berdendang lagi dalam perot. Kalau kena part dia bagi extra energy, dengan aku sekali bergoyang!
Haa..itu dia! Tapi ini scan at 8 weeks. Hampeh baru sekarang nak upload. Tapi actualy da upload dulu kat Instagram dan FB. Bila makin banyak medium, makin malas nak update!
Now, dia dah semakin banyak bergerak. Especially kalau aku lambat makan, lewat solat dan Mr.Hubby balik. Hahaha..yang last sekali reason tidak tahu la pasal apa. Kegembiraan dalaman kot..muahahaha!
Bila dah lepas trimester pertama, memang rasa best. Perut ada la kelihatan..tapi bole kontrol lagi. Yang paling penting alahan dah kurang. Baru la boleh bernyawa sikit. Tapi nak dikisahkan, aku ni spesis alahan teruk kot. Macam separuh nyawa je. Itu tak kena, ini tak boleh!
Perfume dalam kereta semua dah dihumban ke boot. Itupun, bila buka boot terbau jugak..akhirnya sedekah kat ofismate. Perfume dalam gobok baju lagi la. Awal-awal lagi dah ku humbankan keluar (lebih tepat - buang) especially any trace of lavender. Sumpah...siapa bagi aku itu scent memang menempah lebam di muka!
Yang paling best, ofismates kata anak aku demanding..haha. Sebab aku tak lalu makan nasi. Especially nasi putih. Nasi yang berperisa..macam nasi goreng ke, nasi beriani ke,nasi hujan panas ke kemarau, boleh pulak aku hadap!
Itu belum lagi cerita bab gastrik yang tiba-tiba menyerang. Tak pernah seumur hidup aku kena gastrik, ambik ko! Perghh...nak-nak pulak kebetulan masuk bulan puasa. Balik kerja petang mesti dah lembik. Muntah wajib. Kalau dah gastrik memang menangis la,nak sumbat makan pun tak boleh. Makan sikit muntah balik. Tapi aku paksa jugak diri makan,sebab risaukan baby.
Hasilnya, bulan puasa lepas aku turun 5kg. Hooo...masa tu memang agak merisaukan la. Takut jugak terkesan kat baby kan. Apa lagi, time raya aku bedal semua. Pantang lapar, aku makan. Tak lapar pun makan jugak. Semua sapu. Ketupat, lemang, rendang, apa jenis menu semua bedal. Hehe...terasa nikmat betul hari raya tahun ni.
Alhamdulillah, lepas raya berat da naik balik. Gastrik pon aku da boleh control. Owhh..untuk ibu-ibu mengandung yang menghadapi masalah gastrik macam aku, boleh try makan Madu Khaula'. Mama Senah yang suruh aku makan. Kalau aku sendiri memang jangan harap la kan. Tapi da rasa macam terpaksa nak hidup demi baby dalam perut, aku makan jugak.
Betul la...kalau tak nak dengar cakap ibu, cakap siapa lagi nak dengar kan. Alhamdulillah, gastrik aku beransur ok. Dah tiada rasa asid-asid naik sampai ke anak tekak.
Beginilah rupa madu itu. Setakat yang aku tahu, ada dua spesis. Satu disertakan sarang lebah di dalam botol, satu lagi tidak. Harga RM70 untuk yang tiada sarang, tambah RM10 untuk yang bersarang kalau tak silap.
Aku bukan nak promote madu ni,tapi Madu Khaula' jer yang memberi kesan efektif kepada tekak aku. Madu-madu lain yang kita dok tuang atas pankek tu takde maknanya. Sebelum makan baca Bismillah, selawat ke atas Nabi SAW, niat dan doa pada Allah SWT mohon disembuhkan penyakit yang menimpa. InsyaAllah...
Eh..dah petang! Kejap lagi nak pergi pasar malam. Misi mencari yong tau foo yang lazat. Uihh...merembes sudah asid-asid dalam perut!
p/s 1 Semalam baru berjaya jumpa siput lala. Gembira macam nak melompat! Semalam tengahari lunch Nasi Putih bersama Lala Masak Lemak Cili Padi, Kangkung Goreng Belacan, Sambal Udang dan Ayam Goreng. Tengok Mr.Hubby makan, macam dia pulak yang mengidam! Hahahaha....
p/s 2 Selamat Pengantin Baru kepada kawan sepermainan merangkap rakan blogger dan FB, Fadilah Syuhada Ismail. Tahniah dan semoga bahagia ke akhir hayat!
No comments:
Post a Comment