Saturday, January 14, 2012

Karipap...muaahhh sedapp!!

Permulaan untuk tahun 2012...heee. Dah lama x buat karipap ni...dan atas permintaan Mr.Hubby, aku buat la satu talam (tak main la satu pinggan)karipap utk beliau..heehehe.

Untuk karipap ni aku buat inti sardin campur kentang...bagi byk sikit. Almaklumlah, nak jamu 1 kg kot...

Meh kita lihat apa yg perlu ada...

Inti;
  • Kentang sederhana besar 5biji (potong dadu)
  • Sardin Ayam brand sederhana 1 tin
  • Bawang besar 1 biji (potong dadu)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Cili kering diblender (ikut pedas, mak letak 5 sudu nyah..)
  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • Minyak utk menumis
- Panaskan minyak, tumis cili blender dan serbu
k kari hingga agak garing. Kemudian masukkan bawang besar & putih.
- Bila bawang dah layu, masukkan kentang...masukkan air sedikit & sos sardin (dlm tin tu) utk bg kentang empuk. Tutup dgn api sederhana dlm 5minit.
- Akhir sekali masukkan sardin. Lenyek2 sardin bagi pecah2. (Ada orang lenyek dulu sebelum masuk, tp aku suka dia ada ketul2 sikit...baru terasa sardin..)
- Bagi kering, then angkat.

Pastry;
  • 3 cwn tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar margerine
  • Minyak masak
  • Air sejuk dr dalam fridge
-Satukan tepung, garam & margerine.
-Panaskan minyak masak hingga betul2 panas (terasa bahang kat muka...tp jgn sampai berasap...ekekeke). Siram 2 senduk (sederhana) minyak panas ke dalam tepung td. Perlahan2 ratakan dgn sudu.
- Ramas dgn tgn (mcm nak wat ibu roti) sehingga minyak sebati ngan tepung.
- Masukkan air sejuk sedikit2, satukan (bukan uli) tepung hingga jd doh. (Tak perlu lembut nanti goreng x cantik texture dia). Anggaran dalam 4-5 sudu besar.
- Bulat2kan..canai nipis..masukkan inti & kelim.
- Habiskan semua, kemudian goreng.

Nyum...nyum... ^_^

Untuk Mr.Hubby sorang je seploh bijk hokey...hahahaha

No comments: