Wednesday, December 5, 2012

Melekat...terlekat...

Entry yang dah berkurun terperam...

Tok Wan & cucunya, anak kakak iparku menyambut hari jadi bersama pada Hari Raya Haji yang lepas. Maka, aku yang baik hati membuat sebiji kek untuk mereka.


Malam yang agak panas. Tok Wan pakai singlet je...haha..nasib la..
T_________T


Ni la hasil kalau ada budak-budak 'menolong'...belasah letak Hershey's Kisses. Kalau boleh nak bagi penuh kat atas tuh...adoyai!


Si Fahim yang tiba-tiba lalu makan. Kalau tak, dia la paling susah nak menyudu makan masuk mulut.


Huh...sampai terpejam-pejam mata. Nikmat betul Choc Cake Melekat mak ngah yer... =p

Resepi Kek Coklat Melekat

Bahan-bahan;
  • 1 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh emulco coklat
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri (ayak)
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 cawan air*
           *Disatukan kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

Kaedahnya;
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan emulco coklat dan susu pekat. Kaup balik agak-agak sebati.
  4. Masukkan tepung diselang-seli dengan larutan koko. Kaup balik hingga habis tepung.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C, 45-60 minit atau hingga masak.
Topping;
  • 1 cawan susu pekat
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar mentega
  1. Panaskan mentega dengan kaedah double-boiler.
  2. Bila mentega sudah cair, masukkan susu dan serbuk koko. Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Tuang dan ratakan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



Si Lapis Avatar...amboih!!!

Alkisahnya...2-3hari ni sangat teringin mahu makan kuih lapis. Sudah beli minggu lepas, aku seorang makan habis. Tapi masih rasa tak puas. Eh..tak tahu la. Selagi tak dapat buat sendiri, macam geram je. Isyhhh...tak boleh jadi nih!


Dulu masa kecil-kecil, aku panggil kuih bangunan. 

"Kuih tingkat la..", Mr.Hubby menyampuk. 

Eh..suka hati la kita nak panggil apa. Masa kita kecil, mana jumpa awak lagi. Kalau jumpa mesti mahu gaduh bertumbuk nih...hehe.

Anyway, Mama Senah & Abah Wandi pernah berniaga pasar malam di Pahang dulu. Kalau tak silap, setiap malam rabu di tapak pasar malam Felcra Rumpun Makmur. 

Wah, memang meriah! Antara menu jualannya, kuih bangunan ni, seri muka, cucur badak, apam doremon, pecal, lontong...yang lain aku dah tak berapa ingat. Apam doremon Mama Senah memang sedap! Lembut gebu merekah-rekah gitu! Sampaikan di kawasan pasar malam tu, Mama Senah digelar 'Makcik Apam Doremon'...kih3

Sejak mak apak aku berniaga la, aku berjinak-jinak dengan dunia masak curi-curi + senyap-senyap. Masa tu, aku yang sulung & dua adik aku selalunya kena tinggal kat rumah. Jarang sangat kami boleh ikut. Ayat cliche mak apak malas nak jaga anak time bisnes kan, 

"Duk rumah je. Siapkan keje sekolah. Esok nak sekolah."

Itu ayat mak apak kan...ada aku ikut??? Time ni la yang dinanti-nantikan. Orang tua takde! Horey!
Tapi takde la buat benda-benda extreme terlampau. Cuma nakal sikit-sikit la. Lepas siap cuci periuk belanga, bekas pakai untuk buat kuih-muih & warga jualan tadi, aku plan la dalam kepala otak. 

"Duk rumah elok-elok, jangan gaduh. Jangan main api". 

"Ok ma.." dalam hati sambung ayat, 'tak main api, main masak-masak je' =p

Menu pertama masakan aku, nasi goreng. Bahan-bahan dalamnya nasi, minyak masak dan sos cili. Hehehe...
Dah nama pun tak pernah masak. Mama Senah pun before tu tak pernah ajar. So, aku ikut imaginasi sendiri je la. Yang jadi judges, itu dua ekor adik aku. 

Hahaha..memang confirm la tawaq hebiaq kan! Menyumpah adik-adik aku makan. Takpe-takpe minggu depan masih ada. Kunci mulut adik-adik aku siap-siap. Sogok dengan amaran-amaran yang berbaur ugutan. Alah..budak kecil kan. Ugut sikit, senyap la. hehehe...

Week by week, aku improved masak nasi goreng. Dah hebat dah. Akhirnya terkantoi jugak bila adik aku terlepas cakap. Tapi nasib baik dah terror kan. Mama Senah pun ok pulak, agak-agak macam malas dia nak masak..dia suruh je aku buat nasi goreng...pulakkk!!!


Itu setakat nasi goreng je la. Yang lain-lain memang aku tak reti. Masak air pun boleh kering-kontang cerek...huhuhu. Inikan pulak kuih-muih kan. Waduhhh... T__________T

Seumur hidup aku yang dah lebih suku abad ni, memang tak pernah sekali pun buat kuih lapis. Asal aku tanya Mama Senah, ada je alasan dia. Tak ingat la, dah takde skill la, resepi hilang la...alih-alih, kalau nak makan beli je. Owh...sedih!

Kali ni aku nekad, apa nak jadi..jadi la. Kuih bangunan ku mesti masuk tender, tak boleh lagi overdue dah.

Google punya google, jumpa la resepi dalam blog Cik Mat Gebu. Macam senang je resepi dia nih. Ok la, aku try tengok jadi apa.


Memang resepi ni senang nak ikut. Main campak je semua bahan, kacau sebati before kukus selang-seli warna. 

Orang tua cakap, jangan over-confident. Inilah akibatnya, tengah berangan kuih aku comel nak tayang kat Mr.Hubby...tinggal la last part nak masuk bahagian yang atas sekali. Penghujung la tu. 

Masuk warna merah + biru = purple. So putih, merah & purple...eh, macam sweet je kan. Ngeee....hik3...

Sekali....

Sriuppppp...(cane tah bunyi dia)

Boleh pewarna biru tumpah.....adoyaiiii!!!!

Huh...lantak la ko!

Ini bangunan dah upgrade...mahal tuh. Avatar gitu!!
.

Resepi Kuih Lapis

Sumber : Blog TiffinBiru

Bahan A ;
  • 150gm gula
  • 150gm air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (simpul)
Bahan B ;
  • 150gm tepung beras
  • 30gm tepung hoen kwee
  • 400ml santan pekat
  • 160ml air
  • Pewarna pilihan
Kaedahnya :
  1. Satukan semua bahan A. Masak hingga larut. 
  2. Satukan semua bahan B kecuali pewarna. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan larutan A ke dalam B.
  4. Sediakan loyang kecil. Alas plastik, sapu sedikit minyak.
  5. Tuang 3 senduk adunan. Kukus 4-5minit setiap lapis. Ulang sehingga habis.
  6. Untuk lapis kukusan terakhir, kukus 12-15minit sebelum matikan api.
  7. Sejukkan sebelum dipotong.


p/s - Lebih kurang macam gambar kat bawah ni, apam doremon Mama Senah. Tapi warna dot-dot dia lagi meriah. Zaman dulu takde lagi apam polkadot. Dapat apam kaler-kaler pon dah kira hebat bagi budak-budak kampung.


Sumber : Google

Tuesday, November 20, 2012

Jemu aihhh...

Hari-hari makan nasi. Cemuih aihh...!
(cemuih tu bahasa utara maksudnya bosan giles la tu). 

Maka hari ini, tukar menu la pula ye. Apa nak buat???

Selongkar peti sejuk...tengok apa yang ada...

Ada ikan, sotong, udang...hmmm....

Sayur...ada sawi, timun, ehhh...banyaknya bunga kantan!

Haaa...sudah tahu mau bikin apa ini hari! ^_^




Mari memasak Laksa Penang versi aku daa...

Resepi Laksa Penang
  • 1 bungkus laksa
  • Timun
  • Bawang besar
  • Bunga kantan
  • Telur rebus
  • Cili Padi

Bahan kuah;
  • 7-8 ekor ikan sardin
  • 1 ekor kecil ikan gelama masam
  • 10-15 cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 inci belacan
  • 3-4 keping asam
  • 2 batang bunga kantan
  • 1 tangkai daun kesom
  • Anggaran 2 liter air
  • Garam, gula & perasa secukupnya
Kaedahnya;
  1. Ikan sardin & gelama masam direbus bersama. Air setakat tenggelam ikan.
  2. Setelah masak, pisahkan isi ikan daripada tulangnya. Kisar kasar isi ikan menggunakan air rebusan ikan tadi. 
  3. Tulang ikan jangan dibuang dulu. Kisar kemudian tapis air manis tulang ikan tersebut.
  4. Kisar cili kering, bawang dan belacan hingga halus.
  5. Campur semua bahan kisar dan bahan lain di dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana.
  6. Hidangkan bersama mi laksa yang telah direbus dan bahan sampingan lain. Kalau suka masam, boleh perah jus limau nipis. ^_^



Aihhh... dah kenyang ni, ngantuk pulak...
Ditambah pula dengan langit mendung, angin sejuk bertiup...huuu
=p


Monday, November 19, 2012

Bila mood mengemas datang... ^_^

Bilik tidoq sudah beres 80%. Tunggu bajet bulan depan pulak untuk tambah sikit-sikit lagi. Tapi mood kemas masih ada sisa. Hmmm...apa yerr...





........



......







......








Ahaaaaa!!!

Kemas labtop! =p

Godek-godek PC ni tadi, tiba-tiba jumpa banyak pulak 'harta karun'. Hmmm...pc pun kena kemas juga. Barulah rasa senang bila dilihat!

Drag sini, drag sana. Bikin satu folder, kumpul-kumpul, kutip-kutip...fuhhhh humban! Folder lagi..lagi...lagi..... 

Yang semak otak, penuhkan memori...delete! Yang dah expired, buang! Yang dah cabuk, syuhhh! Yang dah berkarat, toingg!!

Meet Mr.Love... he'll be the perfect companion for a perfect night! =p

Tiga beradik...dari kiri Bobo, Baby, last skali tak sempat bagi nama..hehe

Bob Si Seluar Petak

Ini Mr.Bored. Huh...tengoklah..mata pon malas nak bukak!

'Collection' Mr.Hubby..ni kalau dia tau aku publish ni,mesti kena bebel..huuu


Keychain...collection jugak...

Ok..dah merepek. Tata!








Seri Muka...akhirnya...

Dari mana datangnya nama kuih ni ye?? Seri sangat ke? Bagi orang yang dah terror buat, memang seri la kot. Tapi aku...hahahaha. Macam kena sumpahan...nak buat memang semangat. Tapi tak pernah menjadi...

Hinggalah semalam...

Tadaa....hehe

Fuhhh...macam nak menangis air mata kegembiraan! Ibarat macam anak aku berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya dapat 5A dalam UPSR! Ecehhh...!!!

Menuntut dengan orang dulu-dulu memang menuntut kesabaran! Mana tak...resepi bagi mesti ada perkataan 'agak-agak'. Takpun, sukatan unscientific. Contoh, segenggam. Kalau kau kurus, tangan pun serupa lidi...konfirm2 la genggaman kau kecil kan. Cuba kalau aku, bagi segenggam. Serupa penumbuk, mau seminggu lebam tak hilang!

Tapi demi cintaku pada Seri Muka a.k.a Putri Salat, aku gagahkan jua usaha membinanya. Dan benar, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau tak direndam pulut, berjam-jam la kau masak pulut kau keras..hehe.


Jom intai resepi!

Resepi Seri Muka @ Putri Salat

Bahagian bawah;
  • 1 cawan pulut susu (rendam sekurang-kurangnya 6jam)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
Bahagian atas;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air perahan daun pandan (3 helai daun pandan dicampur 1 cawan air biasa kemudian dikisar)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
Kaedahnya:
  1. Sediakan loyang saiz sederhana, lengser minyak. Sediakan pengukus, panaskan air hingga mendidih.
  2. Campur semua bahan bahagian bawah (pulut). Tuang campuran ke dalam loyang dan kukus hingga masak (30-40 minit).
  3. Sementara tunggu pulut masak, sediakan adunan bahagian bawah. Campur semua bahan kering. Kemudian tuang air perahan pandan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati. Pastikan tiada ketul-ketul tepung.
  4. Campur pula santan. Kacau. Jika ada ketul-ketul, hendaklah ditapis.
  5. Setelah pulut masak, keluarkan loyang berisi pulut dari pengukus.
  6. Tekan rata dan padat pulut di dalam loyang dengan menggunakan senduk plastik (lebih mudah, tak melekat). Pastikan betul-betul padat, jika tidak adunan bahagian atas akan meresap ke bahagian pulut.
  7. Tuang adunan bahagian atas perlahan-lahan. 
  8. Masukkan loyang kembali ke dalam pengukus. Tutup rapat dan kukus dengan api sederhana selama 20-30 minit.
  9. Sebelum tutup penutup, lap air wap hingga kering.

Tidaklah susah sangat kan. Antara jadi dengan tak je.

Ada banyak resepi yang aku jumpa. Tapi kebanyakkannya bahagian atas ada letak itu telur juga. Aku kurang gemor dengan bahagian atas ada telur. Itu la yang menjadi punca kes-kes kuih masak tapi tidak mengeras!



Kalau ditengok pada rupa parasnya, memang ada sikit pincang. Pulut tu tertebal, sebab kes agak-agak la punya hal ni. Lagi satu pulut aku kurang padat, maka ada masuk la sikit-sikit hijau dalam pulut. Huh..kurang la harga!

Anyway, puas hati akhirnya dapat buat sendiri. Lain kali pergi pasar malam tak perlu beli sampai 2-3hinggit. Kalau anak aku tanya pun, 
"Mama reti buat kuih seri muka?"
"Uisyhhh...kacang je nak!!"

Hahaha...belum apa-apa sudah riak!



p/s Misi akan datang, nak buat kuih lapis dan kuih talam fav Mr.Hubby pulak! ^_^

Thursday, November 15, 2012

1am in the morning...baru abes makan durian!

Sedap giles...lazat tak terkata. Macam dah bertahun tak jumpa durian! Sangat syok woo...mau dekat sebijik aku habiskan. Pastu terasa panas...hehehe baru teringat nak berhenti. Tapi kalo dapat durian kampung... perghhh lagi syahdu! Walaupon isi tak tebal, tapi manis lemak dia cukup memikat selera. Tanpa rasa selingan pahit-pahit tu..itu yang terbaik! Apa-apa pun terima kasih daun keladi Mr.Hubby, petang ni cari yong tau foo pulak boleh??? ngahahaha =p


Aduhh menggoda iman betul warga durian ni! Gambar ihsan rembatan FB kawan lama kat Pahang dulu...ayah dia Tok Empat Kg. Durian Hijau. Dulu-dulu selalu gak makan durian depa bagi. Oiii Ida...bila ko nak bagi laei???!! 

Semalam cuti Maal Hijrah kan...aku dan Mr.Hubby menghabiskan masa sehari suntuk mengemas bilik sumbat almari baru...kononnya untuk baby, last sekali bagi kat apak baby... baby pakai alamari apak dia.. bolehh???

Tu belum masuk katil baby lagi, dinding sudah tiada ruang kosong lagi! Adoiii rasa macam nak tambah kawasan jer. 

Baby dalam perot pun macam tahu-tahu je kami tengah buat persiapan untuk sambut dia, bukan main berdendang lagi dalam perot. Kalau kena part dia bagi extra energy, dengan aku sekali bergoyang!

Haa..itu dia! Tapi ini scan at 8 weeks. Hampeh baru sekarang nak upload. Tapi actualy da upload dulu kat Instagram dan FB. Bila makin banyak medium, makin malas nak update!

Now, dia dah semakin banyak bergerak. Especially kalau aku lambat makan, lewat solat dan Mr.Hubby balik. Hahaha..yang last sekali reason tidak tahu la pasal apa. Kegembiraan dalaman kot..muahahaha!

Bila dah lepas trimester pertama, memang rasa best. Perut ada la kelihatan..tapi bole kontrol lagi. Yang paling penting alahan dah kurang. Baru la boleh bernyawa sikit. Tapi nak dikisahkan, aku ni spesis alahan teruk kot. Macam separuh nyawa je. Itu tak kena, ini tak boleh! 

Perfume dalam kereta semua dah dihumban ke boot. Itupun, bila buka boot terbau jugak..akhirnya sedekah kat ofismate. Perfume dalam gobok baju lagi la. Awal-awal lagi dah ku humbankan keluar (lebih tepat - buang) especially any trace of lavender. Sumpah...siapa bagi aku itu scent memang menempah lebam di muka!

Yang paling best, ofismates kata anak aku demanding..haha. Sebab aku tak lalu makan nasi. Especially nasi putih. Nasi yang berperisa..macam nasi goreng ke, nasi beriani ke,nasi hujan panas ke kemarau, boleh pulak aku hadap!

Itu belum lagi cerita bab gastrik yang tiba-tiba menyerang. Tak pernah seumur hidup aku kena gastrik, ambik ko! Perghh...nak-nak pulak kebetulan masuk bulan puasa. Balik kerja petang mesti dah lembik. Muntah wajib. Kalau dah gastrik memang menangis la,nak sumbat makan pun tak boleh. Makan sikit muntah balik. Tapi aku paksa jugak diri makan,sebab risaukan baby. 

Hasilnya, bulan puasa lepas aku turun 5kg. Hooo...masa tu memang agak merisaukan la. Takut jugak terkesan kat baby kan. Apa lagi, time raya aku bedal semua. Pantang lapar, aku makan. Tak lapar pun makan jugak. Semua sapu. Ketupat, lemang, rendang, apa jenis menu semua bedal. Hehe...terasa nikmat betul hari raya tahun ni.

Alhamdulillah, lepas raya berat da naik balik. Gastrik pon aku da boleh control. Owhh..untuk ibu-ibu mengandung yang menghadapi masalah gastrik macam aku, boleh try makan Madu Khaula'. Mama Senah yang suruh aku makan. Kalau aku sendiri memang jangan harap la kan. Tapi da rasa macam terpaksa nak hidup demi baby dalam perut, aku makan jugak. 

Betul la...kalau tak nak dengar cakap ibu, cakap siapa lagi nak dengar kan. Alhamdulillah, gastrik aku beransur ok. Dah tiada rasa asid-asid naik sampai ke anak tekak.

Beginilah rupa madu itu. Setakat yang aku tahu, ada dua spesis. Satu disertakan sarang lebah di dalam botol, satu lagi tidak. Harga RM70 untuk yang tiada sarang, tambah RM10 untuk yang bersarang kalau tak silap.

Aku bukan nak promote madu ni,tapi Madu Khaula' jer yang memberi kesan efektif kepada tekak aku. Madu-madu lain yang kita dok tuang atas pankek tu takde maknanya. Sebelum makan baca Bismillah, selawat ke atas Nabi SAW, niat dan doa pada Allah SWT mohon disembuhkan penyakit yang menimpa. InsyaAllah...

Eh..dah petang! Kejap lagi nak pergi pasar malam. Misi mencari yong tau foo yang lazat. Uihh...merembes sudah asid-asid dalam perut!


p/s 1 Semalam baru berjaya jumpa siput lala. Gembira macam nak melompat! Semalam tengahari lunch Nasi Putih bersama Lala Masak Lemak Cili Padi, Kangkung Goreng Belacan, Sambal Udang dan Ayam Goreng. Tengok Mr.Hubby makan, macam dia pulak yang mengidam! Hahahaha....

p/s 2 Selamat Pengantin Baru kepada kawan sepermainan merangkap rakan blogger dan FB, Fadilah Syuhada Ismail. Tahniah dan semoga bahagia ke akhir hayat!

Tuesday, October 9, 2012

More love to be shared

Alhamdulillah....ada good news untuk dikongsikan
Da siap bersawang dah blog ni tak ber'update'..owh sedihh! Tp nak wat camano..mak x larat nyah! Ini la kisahnya...

I am 24 weeks pregnant!

Ehehehe...macam x caya la pulak..tapi betul ni.

Then,godek2 la ape yg ptot dan yg tak patot untuk diadakan dari gooogle..hehe

Hasilnya...jumpa la satu list dari blog ape ke nama ntah...huuuu sowi la tuan punya blog...lupa nk save nama blog tuan.

Tapi....gile panjang berjela2...aku tgk nak muntah...huuu

* Untuk Ibu * ke hospital

1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4

* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1
* last updated: Ogos 2008

Berpantang (Untuk Ibu) 
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi
* last updated: Ogos 2008

Diapering Bilangan 
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming 
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls
* last updated: Ogos 2008

Nursering 
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling 
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing 
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra 
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear



Untuk tidak menimbulkan kepala..aku browse through...then tanya orang yg lebih berpengalaman 
 yeah..that's right Mama Senah. So, aku pendekkan kpd ape yg perlu sahaja. Tak bagos membazir...itu amalan syaiton!!